Sunday, 13 November 2011 0 评论

Panjang


Latihan Panjang

Thursday, 10 November 2011 0 评论

Pertandingan Matematik

Pada 2 November 2011 (Rabu) , Sekolah saya telah mengadakan pertandingan Matematik pada jam 10:20 pagi hingga 11:20 pagi. Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam pertandingan ini. Tahun ini soalan dan jawapan pertandingan disediakan oleh ketua panitia Puan Lim. Guru mata pelajaran akan memeriksa kertas soalan mengikut jawapan yang telah disediakan.



Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 sedang menjawab soalan Matematik


Gambar diambil semasa menjalankan pengajaran tajuk ' Bentuk Dan Ruang '. Murid-murid tampil ke depan dan menjawab soalan yang dibagi oleh saya.



Murid-murid menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh

Murid-murid membuat jawapan di atas papan hitam, kemudian saya menyemak jawapan murid.
Wednesday, 9 November 2011 0 评论

Ceramah Mengingat dan Membaca

Pada 1 November 2011 (Selasa), Sekolah saya telah mengadakan ceramah bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan mengingat.

Penceramah KC CHIA dari KEYKEN RTEECH HOLDINGS BERHAD telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ' Kaedah Mengingat dan Membaca ' kepada murid-murid sekolah saya. Ceramah ini diberi secara percuma. Semua murid Tahun 1 hingga 6 mendengar ceramah dengan teliti.



Penceramah memberi peluang kepada murid untuk menjawab soalan


Murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan


Murid-murid beratur semasa menjawab soalan

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada penceramah

Laman web penceramah :
http://www.winners.com.my/en/speakers/kc_chia/
http://www.winners.com.my/speakers/kc_chia/
Sunday, 6 November 2011 0 评论

Peratus

Jika menyatakan peratus, murid-murid biasanya akan mengaitkan dengan Jualan Murah yang diadakan di pasar raya. Saya menggunakan pengalaman sedia ada murid ini sebagai set induksi untuk menjalankan sesi soal jawab.

Seterusnya, saya akan memberi penerangan sambil menayangkan flash.


Latihan peratus

Saturday, 5 November 2011 0 评论

Melukis Mural

Sekolah telah mengadakan beberapa program dan aktiviti selepas UPSR. Semua sukatan pelajaran telah dihabiskan sebelum peperiksaan. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengelakkan murid-murid membuat bising dan membuang masa semasa berada di sekolah.

Murid-murid melukis dan mewarna dengan bersungguh-sungguh

Guru besar juga turut melukis mural bersama murid

Melukis mural ialah salah satu program selepas UPSR. Guru besar menyediakan beberapa gambar yang sesuai untuk dijadikan mural. Kemudian, guru besar membimbing murid-murid Tahun 6 bagaimana melukis dan mengecat mural.
Thursday, 3 November 2011 0 评论

Kempen Kitar Semula

Sekolah mengadakan Kempen Kitar Semula. Guru-guru menerangkan kepada murid-murid tentang Kempen Kitar Semula dan memberitahu murid-murid bahan yang boleh digunakan untuk kitar semula.

Guru membantu murid mengelas bahan-bahan kitar semula

Sambutan daripada murid-murid amat menggalakkan

Murid-murid membawa barang-barang yang boleh kitar semula ke sekolah pada Hari Kempen Kitar Semula. Kempen Kitar Semula mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid dan juga ibu bapa. Marilah kita bersama-sama cintailah alam sekitar !
Tuesday, 1 November 2011 0 评论

Perpuluhan

Saya yakin, guru yang mahir menggunakan perkakasan ICT akan lebih mudah untuk menarik perhatian murid untuk belajar. Saya sentiasa cuba mendapatkan BBM dari pelbagai sumber dan mengintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.


Latihan perpuluhan

Tetamu


 
;