Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts
Thursday, 10 November 2011 0 评论

Pertandingan Matematik

Pada 2 November 2011 (Rabu) , Sekolah saya telah mengadakan pertandingan Matematik pada jam 10:20 pagi hingga 11:20 pagi. Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam pertandingan ini. Tahun ini soalan dan jawapan pertandingan disediakan oleh ketua panitia Puan Lim. Guru mata pelajaran akan memeriksa kertas soalan mengikut jawapan yang telah disediakan.



Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 sedang menjawab soalan Matematik


Gambar diambil semasa menjalankan pengajaran tajuk ' Bentuk Dan Ruang '. Murid-murid tampil ke depan dan menjawab soalan yang dibagi oleh saya.



Murid-murid menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh

Murid-murid membuat jawapan di atas papan hitam, kemudian saya menyemak jawapan murid.
Wednesday, 9 November 2011 0 评论

Ceramah Mengingat dan Membaca

Pada 1 November 2011 (Selasa), Sekolah saya telah mengadakan ceramah bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan mengingat.

Penceramah KC CHIA dari KEYKEN RTEECH HOLDINGS BERHAD telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ' Kaedah Mengingat dan Membaca ' kepada murid-murid sekolah saya. Ceramah ini diberi secara percuma. Semua murid Tahun 1 hingga 6 mendengar ceramah dengan teliti.



Penceramah memberi peluang kepada murid untuk menjawab soalan


Murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan


Murid-murid beratur semasa menjawab soalan

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada penceramah

Laman web penceramah :
http://www.winners.com.my/en/speakers/kc_chia/
http://www.winners.com.my/speakers/kc_chia/
Saturday, 5 November 2011 0 评论

Melukis Mural

Sekolah telah mengadakan beberapa program dan aktiviti selepas UPSR. Semua sukatan pelajaran telah dihabiskan sebelum peperiksaan. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengelakkan murid-murid membuat bising dan membuang masa semasa berada di sekolah.

Murid-murid melukis dan mewarna dengan bersungguh-sungguh

Guru besar juga turut melukis mural bersama murid

Melukis mural ialah salah satu program selepas UPSR. Guru besar menyediakan beberapa gambar yang sesuai untuk dijadikan mural. Kemudian, guru besar membimbing murid-murid Tahun 6 bagaimana melukis dan mengecat mural.
Thursday, 3 November 2011 0 评论

Kempen Kitar Semula

Sekolah mengadakan Kempen Kitar Semula. Guru-guru menerangkan kepada murid-murid tentang Kempen Kitar Semula dan memberitahu murid-murid bahan yang boleh digunakan untuk kitar semula.

Guru membantu murid mengelas bahan-bahan kitar semula

Sambutan daripada murid-murid amat menggalakkan

Murid-murid membawa barang-barang yang boleh kitar semula ke sekolah pada Hari Kempen Kitar Semula. Kempen Kitar Semula mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid dan juga ibu bapa. Marilah kita bersama-sama cintailah alam sekitar !
Thursday, 27 October 2011 0 评论

Ceramah Demam Denggi

Sekinchan merupakan kawasan jangkitan Demam Denggi yang amat serius. Oleh itu, sekolah telah mengadakan Ceramah Demam Denggi agar menerapkan amalan-amalan yang baik kepada murid-murid.

Pegawai kesihatan menerangkan apa itu Demam Denggi, tanda-tanda gejala, Nyamuk Aedes, pengawalan dan pencegahan dengan menggunakan power point ( Slide ). Pegawai kesihatan juga menayangkan dua video sebagai penerangan.

Wednesday, 26 October 2011 0 评论

Latihan Kecemasan Kebakaran

Latihan kebakaran dijalankan pada waktu sekolah. Latihan ini amat penting kerana ia merupakan persediaan kepada murid dan membolehkan murid menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan.

Murid-murid berkumpul di gelanggang

Apabila terdengar bunyi loceng kecemasan, murid-murid, guru-guru serta semua kaki tangan sekolah berhimpun di gelanggang bola keranjang sekolah dengan segera.

Selepas berhimpun di gelanggang bola keranjang, guru darjah mengambil kedatangan murid. Guru Besar memberi keterangan kepada murid-murid apa yang harus dilakukan apabila berlaku kebakaran.

Sebahagian murid berasa seronok kerana mereka tidak tahu tentang kepentingan latihan kecemasan kebakaran ini. Murid-murid tersebut diberi amaran dan penerangan yang jelas. Selepas itu murid-murid beratur balik ke kelas masing-masing.
Monday, 24 October 2011 0 评论

Hari Sukan SJKC Kian Sit

Pada 23 Oktober 2011 (Ahad), sekolah saya telah mengadakan Hari Sukan. Murid-murid terpaksa berkaki ayam sepanjang Hari Sukan kerana hujan lebat yang turun berturut-turut menyebabkan padang sekolah basah dan air bertakung. Ini merupakan sesuatu yang unik dan meninggalkan pengalaman yang berbeza buat semua warga sekolah Kian Sit.


Murid-murid berkaki ayam semasa hari sukan

Murid-murid sibuk menghiasi rumah sukan mereka.

Murid-murid rumah biru menggunakan ‘Rattan Hoop’ dan belon untuk menghiaskan rumah mereka. Manakala murid rumah merah menggunakan dua papan mercun hiasan yang menandakan ‘Ong’(bertuah) dan belon untuk perhiasan rumah mereka. Perhiasan rumah masing-masing yang istimewa telah menarik perhatian orang ramai.

Segala pertandingan berjalan dengan lancar pada Hari Sukan. Murid-murid bertungkus-lumus dan membuat terbaik agar rumah sukan mereka menang dalam Hari Sukan tahun ini. Ibu bapa juga mengambil bahagian acara larian dan tarik tali.



Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang

Persaingan agak sengit. Akhirnya,Rumah Biru yang berjaya mendapat johan.

Jelagat murid-murid di padang sekolah
Sunday, 9 October 2011 0 评论

Ceramah Motivasi UPSR

Sebelum peperiksaan UPSR diadakan, pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah motivasi yang berpengalaman datang ke sekolah untuk memberi ceramah motivasi kepada calon-calon yang akan menghadapi UPSR.

Penceramah tersebut menyampaikan ceramah dengan pelbagai teknik dan berjaya menarik perhatian murid. Murid telah banyak mendapat faedah dan pengetahun daripada beliau.

Murid-murid aktif mengambil bahagian


Zhao Huan mendapat hadiah daripada penceramah

Tetamu


 
;