Sunday 30 October 2011 0 评论

Pecahan

Bagi topik pecahan, cara yang sering saya gunakan untuk memperkenalkan pecahan ialah menggunakan benda maujud. Sebagai contoh, guru boleh memotong kek dan menjelaskan maksud pecahan kepada murid-murid.

Apabila murid-murid menguasai asas tentang pecahan, barulah saya menggunakan flash untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran saya.


Latihan pecahan

Thursday 27 October 2011 0 评论

Ceramah Demam Denggi

Sekinchan merupakan kawasan jangkitan Demam Denggi yang amat serius. Oleh itu, sekolah telah mengadakan Ceramah Demam Denggi agar menerapkan amalan-amalan yang baik kepada murid-murid.

Pegawai kesihatan menerangkan apa itu Demam Denggi, tanda-tanda gejala, Nyamuk Aedes, pengawalan dan pencegahan dengan menggunakan power point ( Slide ). Pegawai kesihatan juga menayangkan dua video sebagai penerangan.

Wednesday 26 October 2011 0 评论

Latihan Kecemasan Kebakaran

Latihan kebakaran dijalankan pada waktu sekolah. Latihan ini amat penting kerana ia merupakan persediaan kepada murid dan membolehkan murid menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan.

Murid-murid berkumpul di gelanggang

Apabila terdengar bunyi loceng kecemasan, murid-murid, guru-guru serta semua kaki tangan sekolah berhimpun di gelanggang bola keranjang sekolah dengan segera.

Selepas berhimpun di gelanggang bola keranjang, guru darjah mengambil kedatangan murid. Guru Besar memberi keterangan kepada murid-murid apa yang harus dilakukan apabila berlaku kebakaran.

Sebahagian murid berasa seronok kerana mereka tidak tahu tentang kepentingan latihan kecemasan kebakaran ini. Murid-murid tersebut diberi amaran dan penerangan yang jelas. Selepas itu murid-murid beratur balik ke kelas masing-masing.
Monday 24 October 2011 0 评论

Hari Sukan SJKC Kian Sit

Pada 23 Oktober 2011 (Ahad), sekolah saya telah mengadakan Hari Sukan. Murid-murid terpaksa berkaki ayam sepanjang Hari Sukan kerana hujan lebat yang turun berturut-turut menyebabkan padang sekolah basah dan air bertakung. Ini merupakan sesuatu yang unik dan meninggalkan pengalaman yang berbeza buat semua warga sekolah Kian Sit.


Murid-murid berkaki ayam semasa hari sukan

Murid-murid sibuk menghiasi rumah sukan mereka.

Murid-murid rumah biru menggunakan ‘Rattan Hoop’ dan belon untuk menghiaskan rumah mereka. Manakala murid rumah merah menggunakan dua papan mercun hiasan yang menandakan ‘Ong’(bertuah) dan belon untuk perhiasan rumah mereka. Perhiasan rumah masing-masing yang istimewa telah menarik perhatian orang ramai.

Segala pertandingan berjalan dengan lancar pada Hari Sukan. Murid-murid bertungkus-lumus dan membuat terbaik agar rumah sukan mereka menang dalam Hari Sukan tahun ini. Ibu bapa juga mengambil bahagian acara larian dan tarik tali.



Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang

Persaingan agak sengit. Akhirnya,Rumah Biru yang berjaya mendapat johan.

Jelagat murid-murid di padang sekolah
Thursday 20 October 2011 0 评论

Anai-anai

Sebahagian bangunan sekolah saya yang bahan pembinaan ialah kayu dan papan. Oleh itu, sekolah saya menghadapi serangan anai-anai yang agak teruk.

Anai-anai yang menakutkan

Perosak yang menakutkan

Anai-anai perosak yang menakutkan telah merosakkan banyak harta benda sekolah seperti almari, kerusi, rak buku, papan kenyataan dan juga buku-buku cerita. Sekolah mengalami kerugian yang besar.

Pihak sekolah telah meminta pihak yang berkaitan datang ke sekolah untuk menyembur ubat agar anak-anak dapat dihapuskan. Marilah kita bersama-sama menghapuskan anai-anai yang mengancam kehidupan harian kita.
Tuesday 18 October 2011 0 评论

Pemeriksaan Kesihatan

Kedatangan pegawai kesihatan ke sekolah sentiasa mendapat perhatian murid-murid. Bukannya kedatangan mereka dinanti-nantikan, sebaliknya murid-murid takut akan suntikan yang diberi oleh pegawai kesihatan terutamanya murid-murid Tahun 1 dan Tahun 6.

Pemeriksaan dijalankan

Walaubagaimanapun, pemeriksaan ini amat penting dan wajib dijalankan.

Pegawai kesihatan telah menjalankan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab. Pemeriksaan dan suntikan berjalan dengan lancar.
Sunday 16 October 2011 0 评论

Matematik~ Matematik

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang perlukan pemahaman, kemahiran dan latihan yang berterusan bagi memastikan murid-murid benar-benar menguasai sesuatu topik.

Saya bertanggungjawab mengajar Matematik Tahun 6 sejak tahun 2009 dan sekolah saya telah mencapai 100% kelulusan dalam peperiksaan UPSR sejak tahun 2005 sehingga tahun 2010. Ini adalah sesuatu yang membanggakan buat sekolah saya. Saya berharap agar pencapaian ini dapat dikekalkan.

Buku Rujukan

Saya akan sediakan latih tubi yang sesuai dan setimpal dengan tahap penguasaan murid saya supaya mereka benar-benar menguasai kemahiran dan yakin pada diri sendiri semasa menduduki peperiksaan.
Thursday 13 October 2011 1 评论

Nombor Bulat , Operasi Tambah , Tolak , Darab dan Bahagi

Semasa sesi pengajaran, saya lebih suka menggunakan peralatan ICT sebagai bahan bantu mengajar. Perhatian murid sentiasa tertarik dengan flash yang saya tayangkan.

Mereka akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya. Dengan ini, set induksi dan perkembangan pengajaran dan pembelajaran saya, mahupun penutup dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.


Latihan Matematik Nombor Bulat
Tuesday 11 October 2011 0 评论

Memori saya di SJKC Kian Sit

Saya telah bertugas di sekolah ini sejak tahun Disember 1995. Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Kurang Murid. (SKM)

Rumah saya bersebelahan dengan sekolah. Seperti pepatah : Sekolahku Syugarku. SJKC Kian Sit bagai rumah saya. Banyak pengalaman manis yang saya alami di sekolah ini.

Memori
 


Sunday 9 October 2011 0 评论

Ceramah Motivasi UPSR

Sebelum peperiksaan UPSR diadakan, pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah motivasi yang berpengalaman datang ke sekolah untuk memberi ceramah motivasi kepada calon-calon yang akan menghadapi UPSR.

Penceramah tersebut menyampaikan ceramah dengan pelbagai teknik dan berjaya menarik perhatian murid. Murid telah banyak mendapat faedah dan pengetahun daripada beliau.

Murid-murid aktif mengambil bahagian


Zhao Huan mendapat hadiah daripada penceramah
Saturday 8 October 2011 0 评论

Cabaran Baru

Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya membuka blog saya di Blogger dengan bantuan rakan-rakan.

Bulan Oktober, sudah hampir ke penghujung semester, banyak perkara yang perlu diuruskan kerana saya merupakan Penolong Kanan Hal-ehwal murid sekolah.

Tambahan lagi, blogging merupakan satu perkara yang baru bagi saya. Ini merupakan satu cabaran untuk saya kerana perlu sentiasa kemaskini blog di samping sibuk dengan urusan sekolah.

Namun, saya akan cuba buat yang terbaik. Bersama-sama kita menempuh semester ini dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Tetamu


 
;