Wednesday 30 November 2011 0 评论

Carta dan Graf (Pengumpulan Data)

Carta dan graf merupakan data yang telah dikumpul disusun dengan teratur bagi memudahkan orang lain membacanya.


Latihan Carta dan Graf

Friday 25 November 2011 0 评论

Ruangan

Topik ruangan terbahagi kepada Dimensi 2D dan 3D. Dimensi 3D memerlukan imaginasi murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bahan bantu mengajar seperti bentuk ruangan maujud dan peralatan ICT amat berguna bagi membolehkan saya mencapai hasil pembelajaran saya.


Latihan Ruangan

Monday 21 November 2011 0 评论

Isipadu Cecair

Air merupakan benda keperluan asas manusia, tumbuhan dan haiwan. Unit pengukuran bagi cecair ialah Liter dan Mililiter.

Saya memberi peluang kepada murid saya mengukur isipadu cecair mengikut arahan. Selepas itu, baru saya terangkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian isipadu cecair.


Latihan Isipadu Cecair

Saturday 19 November 2011 0 评论

Mata Wang

Murid-murid sentiasa berpeluang menggunakan wang dalam kehidupan harian. Murid-murid agak biasa dengan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian wang.


Latihan Mata Wang

Tuesday 15 November 2011 0 评论

Timbangan

Timbangan ataupun dikenali sebagai berat memang berkait rapat dengan kehidupan kita. Setiap tahun, murid-murid akan mengukur ketinggian dan menimbang berat badan mereka bagi memudahkan guru mencatat di dalam buku rekod kesihatan.

Murid-murid sudah tidak biasa dengan timbangan.Penukaran unit antara kilogram dengan gram juga jauh lebih mudah jika berbanding dengan panjang. Jadi, semua murid saya dapat menguasai asas timbangan dengan bagus.


Latihan Timbangan

Sunday 13 November 2011 0 评论

Panjang


Latihan Panjang

Thursday 10 November 2011 0 评论

Pertandingan Matematik

Pada 2 November 2011 (Rabu) , Sekolah saya telah mengadakan pertandingan Matematik pada jam 10:20 pagi hingga 11:20 pagi. Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam pertandingan ini. Tahun ini soalan dan jawapan pertandingan disediakan oleh ketua panitia Puan Lim. Guru mata pelajaran akan memeriksa kertas soalan mengikut jawapan yang telah disediakan.



Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 sedang menjawab soalan Matematik


Gambar diambil semasa menjalankan pengajaran tajuk ' Bentuk Dan Ruang '. Murid-murid tampil ke depan dan menjawab soalan yang dibagi oleh saya.



Murid-murid menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh

Murid-murid membuat jawapan di atas papan hitam, kemudian saya menyemak jawapan murid.

Tetamu


 
;